terlalu banyak bayangan tentang dirimu
yang telah banyak mengubah diriku
menjadi lebih baik dari lalu
mengenal erti cinta
mengenal erti setia
setia yang tidak pernah mengenal erti masa
cinta yang tak mampu dijelaskan dengan kata-kata
telah aku siapkan satu daerah dalam hatiku
daerah yang tidak pernah dimiliki oleh mana-mana sang perindu
menanti untuk dihuni oleh dirimu
kerana daerah itu terlalu sunyi sehinggalah namamu diseru
sulit untuk ku mengertikan rasa ini
rasa yang ada didalam hati seorang lelaki
yang hanya boleh ditafsir melalui sanubari
sanubari cinta ku yang sejati
disaat langitku mendung yang semakin menua,
hatiku parah kerana cinta
tetapi cinta kepadamu membuatkan aku untuk terus setia
walaupun berkali-kali berharap agar mimpi ku menjadi nyata
untuk bersama mu selama-lamanya
telah aku memuliakan cinta mu
dengan ku bisikkan didalam hati mu
bahawa ku ingin menjadikan dirimu lebih dari kekasih hatiku
walaupun ku tahu tiada tempat didunia ini untuk cintaku
lalu ku berharap suatu hari nanti agar darimu
sudi menjadi seorang bidadari syurga yg mulia disisiku.
cuma satu yang ku pinta darimu
cintailah purnama yg cahayanya selalu menerangi hatimu
bukan kerana cantiknya cahaya itu
tetapi kerana kesetiaannya menantimu
dan menerangimu sampai akhir hayatmu
cuma satu yang ku pinta darimu
cintailah purnama yg cahayanya selalu menerangi hatimu
bukan kerana cantiknya cahaya itu
tetapi kerana kesetiaannya menantimu
dan menerangimu sampai akhir hayatmu
~hati yg pernah terluka dahulu~
JOIN NOW !!!
ReplyDeleteDan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.site
Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
8 Pasaran Togel Terbaik Bosku
Joker Slot, Sabung Ayam Dan Masih Banyak Lagi Boskuu
BURUAN DAFTAR!
MENYEDIAKAN DEPOSIT VIA PULSA TELKOMSEL / XL
DOMPET DIGITAL OVO, DANA, LINK AJA DAN GOPAY
UNTUK KEMUDAHAN TRANSAKSI , ONLINE 24 JAM BOSKU
dewa-lotto.site